Advertisements

 

Soalan: SIAPA DEEN SEBENARNYA?

Setelah bertahun lamanya bersembunyi dibalik nama pena ‘SuaraSakti’ saat bersama Phatnatrix…DEEN adalah saya sendiri. Nama yang digunakan oleh yg mengenali saya. Nama ini sebenarnya tercetus bila saya mula kembali ke studio rakaman pada 2013 untuk merakamkan bahagian saya dalam lagu DENGAN 2014 ft. DJ FUZZ & DEEN. The Muhibbain (Erwan & Adeep) menjemput saya rap dalam lagu itu kerana Adeep percaya saya boleh buat penyampaian yg tenang di atas lagu ciptaan Erwan Muhibbain saat itu. Nama DEEN juga disarankan oleh Adeep kerana itu sudah memberikan banyak makna…”Pakai nama kau sudah…” katanya.

Soalan: KAMI DAPATI DEEN CUBA UNTUK MENYUNTING MESEJ-MESEJ YANG BERUNSUR KEISLAMAN DALAM LAGU ANDA, BAGAIMANA DEEN MELAKUKANNYA?

Siapa lah saya ini mahu meletakkan mesej kerana saya bukan ‘Mesengger’, apa yg saya tulis adalah dari nasihat nasihat dari org-org yang saya cintai. Saya murid. Saya cuma berkongsi pada yang mahu dalam segi aspek penulisan yang ‘lightweight’ agar semua boleh terima, lagi lagi dalam bentuk rap. Sering sekali lagu lagu yang didengari mengenangkan memori hati yang terluka, sedih dan bergunda. Bila kali terakhir kawan kamu mendoakan kamu? Mengharapkan kamu berbuat baik? Motivasikan kamu dengan ujian kehidupan yang terkadang payah untuk kita tangani… Izinkan saya jadi teman yang mengingatkan dengan lagu saya. Saya hanya ingin tegur diri saya melalui gurindam yang terilham. Semoga saya dijadikan kayu ukur agar orang lain tidak menjadi alpa seperti saya.

Soalan: BARU-BARU INI, ANDA TELAH MELANCARKAN SINGLE TERBARU ANDA YANG BERJUDUL “CINTA HATI” BERSAMA ERWAN MUHIBBAIN DAN KENGKAWAN PROJECT. CERITAKAN SEDIKIT PADA KAMI TENTANG “RAHSIA” DI SEBALIK SINGLE TERSEBUT.

Seringkali saya dipujuk Erwan Muhibbain untuk buat single saya sendiri. Akhirnya saya setuju kerana punya tujuan yang bermanfaat. 100% hasil penjualan singles tersebut, di digital market atau fisikal CD, akan disalurkan ke tabung amal Kengkawan Project. Saya tidak raih apapun dari penjualan lagu itu.

Jadi dengan rendah hati saya syorkan andai yg mahu membantu, beli lagu saya yang murah sekali. Ada di iTunes & Spotify. Semoga Allah swt membalas jasa kamu semua berlipat ganda.
Kerana tabung itu akan digunakan untuk usaha-usaha kemanusiaan atau kerja-kerja amal yang dianjurkan oleh Kengkawan Project.

Terima kasih kepada Erwan Muhibbain, Rafiq, keluarga besar Caravan of Praise, tok faizal hussin, abg faisal, kak anna dan Kengkawan Project kerana beri kepercayaan penuh pada saya sejak hari pertama hingga ke hari ini!

Soalan: ADAKAH “CINTA HATI” SEBENARNYA “LUAHAN HATI” DEEN?

Cinta Hati… menampilkan Erwan Muhibbain. Producer Rafikoncept. Hanya mengambil 2 jam untuk membina rangka lagu itu. Semua magic. Allah swt made it super easy for us. Alhamdulillah.

Hahahaha…luahan eh? Mmmmm…harapan saya pada semua ialah, pegang cinta anda ada. Jangan abaikan. Pimpin…kalau tidak nanti ditarik. Cinta Hati ini lahir dari hati saya. Ikhlas insyaAllah. Andai ini dianggap sebuah luahan, apakah penghujung nya? Andai ini sebuah nasihat, maka usahakan kebaikannya.

Soalan: KAMI DENGAR, YANG MUZIK VIDEO “CINTA HATI” TELAH DIRAKAM DI 3 NEGARA, BAGAIMANA ANDA MELAKUKANNYA?

Ketika di Sydney, crew saya Dysterb Clan mmg base disana jadi tiada masalah buat kami. Saya gembira sekali bila kembali ke Sydney kerana tempat itu amat memberi kesan dalam hidup saya bila hidup sendiri di rantauan. Tonto Pictures pula base di Kuala Lumpur. Faizal Hussin adalah pengarah yang berkaliber. Dia tahu apa saya mahukan dan perbincangan denga beliau amat mudah difahamkan. Reyhu Studios sering ada dihati saya sejak mereka hadir di kuliah habibi saya. Juan Meim memberikan kerja yang berprestasi mutunya yang saya sendiri selalu terperanjat dengan hasil setiap editing. Memang terbaek. Sekalung budi sejambak sayang pada Dysterb Clan Crew, Faizal Tonto dan Juan Meim & team!

Soalan: APAKAH RANCANGAN DEEN SETERUSNYA?

New song maybe? Dalam peringkat pemilihan untuk singles seterusnya, tapi tidak begitu gopoh gapah kerana CINTA HATI akan mekar di hati para pendengar dan saya tidak mahu mereka melupakan CINTA HATI dengan cepat.

Cinta Hati adalah sambungan kisah dari Untuk Cinta (sebuah lagu dari Erwan, mv nya ada di yotube juga)…adakah ini bakal menyambung kisah Cinta Hati? Atau sebuah coretan yang baru yang boleh menyentuh perasaan kamu?

…Yang saya pasti…dan yakin…saya mahu memberitahu anda semua…’you are not alone…’

Soalan: AKHIR SEKALI, UCAPAN DEEN UNTUK PEMINAT DEEN DI LUAR SANA.

Terima Kasih. Thank You. Syukran. XieXie. Blagodarya. To all of you out there. Support me not for me alone. Support the

art

not for the fame. Support the music for the charity. I’m trying to create the awareness for ourselves who always forgetful. Spread the word for me. I will work harder for my next piece. I promise to stick around insyaAllah. Last but not least…

“Baby girl…where ever you are right now…may Allah

swt

protects you in this

dunya

and unites me in

jannah

with you and the beloved ones, in the gathering of Rasulullah

pbuh

15542182_1490911887602780_5850743394525280746_n

Get the awesome single “Cinta Hati” by Deen Feat. Erwan Muhibbain II here:http://apple.co/2jG6Yvk

Get Connected with Deen on Facebook & Instagram:

https://www.facebook.com/itsjustdeen/

https://www.instagram.com/itsjustdeen/